Prayuth Chan-ocha

Yang Amat Berhormat Jeneral Prayut Chan-o-cha (kadang-kala dieja Prayuth Chan-ocha; Bahasa Thai: ประยุทธ์ จันทร์โอชา; IPA: [prā.jút tɕān.ʔōː.tɕʰāː]; lahir 21 Mac 1954) ialah Panglima Tentera Darat Diraja Thai. Sejak Oktober 2010, beliau menyandang jawatan tersebut di samping menjadi Pengerusi Kelab Bola Sepak Tentera Thailand.Prayuth dilihat sebagai seorang yang menyokong pentadbiran diraja Thailand dan kuat menentang mantan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra. Beliau berjaya menumpaskan pemberontak baju merah semasa pemberontakan pada April 2009 dan April/Mei 2010. Sejak itu beliau sering berunding dan bekerjasama dengan adik Thaksin, Yingluck Shinawatra yang memenangi pilihan raya parlimen pada November 2013.Selepas serangan kekerasan terhadap para anti-kerajaan, Prayuth mengumumkan darurat tentera pada 20 Mei 2014. Beliau secara rasmi melancarkan rampasan kuasa terhadap pemerintah sementara pada 22 Mei 2014 dan membentuk kerajaan junta.